Friday, 16 December 2011

Pokok Bunga Kapas





Kapas merupakan gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, kebanyakan pokok kapas ditanam di  kawasan tropika dan sub-tropika kedua-dua Dunia Lama dan Dunia Baru. Gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstil yang lembut dan telus angin.Kapas merupakan tanaman bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasar hilang setelah diproses. Apabila kesan lilin, protin, dll. disingkir, bakinya merupakan polimer semulajadi daripada selulus tulin. Selulus ini diatur sebegitu rupa yang memberikan kapas ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik. Setiap gentian terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus terpilin dalam spring semulajadi yang tersusun kemas. Apabila bebola kapas (sarung benih) dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper, tergumpal, berbentuk ribon dan menjadi berkait sesama sendiri dan terikat. Bentuk ikatan ini sesuai bagi dipintal menjadi benang yang bagus.Terdapat bukti arkheologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun lalu.Masa kini kapas dihasilkan dikebanyakan tempat di dunia, termasuk Eropah, Asia, Afrika, Amerika dan Australia, menggunakan pokok kapas yang telah dipilih khusus agar setiap pokok menghasilkan lebih banyak gentian.
Selain kegunaan dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku. Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden. Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.
Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt.
Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagai minyak sayuran lain. Makanan biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

Tuesday, 13 December 2011

Bunga Anggerik (Orkid)








Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) ialah famili terbesar pohon berbunga (Angiosperma).. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000) disebabkan pertikaian taksonomi.
Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.

Sunday, 11 December 2011

Bunga Cemapaka Kuning (Michelia Champaca)



Cempaka kuning (Michelia champaca) ataupun cempaka hutan adalah sejenis pokok berdaun hijau dan besar serta tinggi, berasal dari Indomalaya (termasuk Asia Selatan, Asia Tenggara dan beberapa tempat di China). Ia dikenali dengan baunya yang kuat dan harum, serta berbunga kuning. Bagaimanapun ianya ditanam bertujuan untuk pembalakan dan juga pokok lanskap di bandar-bandar. Burung juga menggemari buah dari pokok ini.

Thursday, 17 November 2011

Kekuningan Bunga-Bungan














Hai...ok skg kita kuningkan penglihatan kita dgn ke indah bunga2an & benda yg baik..bkn kuning kan dgn benda yg xbaik or xshat tu..hahaha...Pic bunga2 ni di shoot masa saya kat LONDON hah..mcm2 warna ada bunga ny..cntik n segar ja mata melihat...masa ni kat ROYAL PARK  LONDON...best tu xtau nk ckp laa tuhan(allah swt) ja tau isi ati n teruja ny mcm na....dpt plak mrakam alam semula jadi n mcm2 sepisis bunga yg xda d negara kita bersyukur sgt lah....dorg kat sna mmg jaga gila2 la taman2 dorg..cntik gan pokok2,bunga2an n haiwan yg jinak2...mmg best klu g sana rasa mcm xnk balik pun ada..hihi (agak2 la kan sampai xnk blik umah tuuu)....tp apa2 pun tgk la ek semua pic ni..nnt ada masa saya upload bunga warna lain plak....MACAM2 ADA.....hihii... =)

Thursday, 3 November 2011

Bunga Mekar Pagi - Morning Blossom






Bunga Mekar pagi atau Morning Blossom

Hopea apiculata Sym - Pokok Giam Melukut




Pokok Giam Melukut adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama sainstifiknya ialah Hopea apiculata Sym....(bunga nya)

Tuesday, 1 November 2011

Pokok Kelulut Putih ( Sida Acuta )




Pokok kelulut putih, Sidaturi, Ketumbar hutan, Medang melukut.
nama saintifik :: (Sida acuta)
Ciri-ciri: Pokok ini jenis herbadan tumbuh meluasdi kawasan tropika. Ia juga terdapat di kawasan terbiar, terutamanya di tepi jalan