Friday 16 December 2011

Pokok Bunga Kapas





Kapas merupakan gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, kebanyakan pokok kapas ditanam di  kawasan tropika dan sub-tropika kedua-dua Dunia Lama dan Dunia Baru. Gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstil yang lembut dan telus angin.Kapas merupakan tanaman bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasar hilang setelah diproses. Apabila kesan lilinprotin, dll. disingkir, bakinya merupakan polimer semulajadi daripada selulus tulin. Selulus ini diatur sebegitu rupa yang memberikan kapas ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik. Setiap gentian terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus terpilin dalam spring semulajadi yang tersusun kemas. Apabila bebola kapas (sarung benih) dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper, tergumpal, berbentuk ribon dan menjadi berkait sesama sendiri dan terikat. Bentuk ikatan ini sesuai bagi dipintal menjadi benang yang bagus.Terdapat bukti arkheologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun lalu.Masa kini kapas dihasilkan dikebanyakan tempat di dunia, termasuk EropahAsiaAfrika, Amerika dan Australia, menggunakan pokok kapas yang telah dipilih khusus agar setiap pokok menghasilkan lebih banyak gentian.
Selain kegunaan dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku. Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden. Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.
Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt.
Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagai minyak sayuran lain. Makanan biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

No comments:

Post a Comment