Sunday, 11 December 2011

Bunga Cemapaka Kuning (Michelia Champaca)



Cempaka kuning (Michelia champaca) ataupun cempaka hutan adalah sejenis pokok berdaun hijau dan besar serta tinggi, berasal dari Indomalaya (termasuk Asia Selatan, Asia Tenggara dan beberapa tempat di China). Ia dikenali dengan baunya yang kuat dan harum, serta berbunga kuning. Bagaimanapun ianya ditanam bertujuan untuk pembalakan dan juga pokok lanskap di bandar-bandar. Burung juga menggemari buah dari pokok ini.

Thursday, 17 November 2011

Kekuningan Bunga-Bungan














Hai...ok skg kita kuningkan penglihatan kita dgn ke indah bunga2an & benda yg baik..bkn kuning kan dgn benda yg xbaik or xshat tu..hahaha...Pic bunga2 ni di shoot masa saya kat LONDON hah..mcm2 warna ada bunga ny..cntik n segar ja mata melihat...masa ni kat ROYAL PARK  LONDON...best tu xtau nk ckp laa tuhan(allah swt) ja tau isi ati n teruja ny mcm na....dpt plak mrakam alam semula jadi n mcm2 sepisis bunga yg xda d negara kita bersyukur sgt lah....dorg kat sna mmg jaga gila2 la taman2 dorg..cntik gan pokok2,bunga2an n haiwan yg jinak2...mmg best klu g sana rasa mcm xnk balik pun ada..hihi (agak2 la kan sampai xnk blik umah tuuu)....tp apa2 pun tgk la ek semua pic ni..nnt ada masa saya upload bunga warna lain plak....MACAM2 ADA.....hihii... =)

Thursday, 3 November 2011

Bunga Mekar Pagi - Morning Blossom






Bunga Mekar pagi atau Morning Blossom

Hopea apiculata Sym - Pokok Giam Melukut




Pokok Giam Melukut adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama sainstifiknya ialah Hopea apiculata Sym....(bunga nya)

Tuesday, 1 November 2011

Pokok Kelulut Putih ( Sida Acuta )




Pokok kelulut putih, Sidaturi, Ketumbar hutan, Medang melukut.
nama saintifik :: (Sida acuta)
Ciri-ciri: Pokok ini jenis herbadan tumbuh meluasdi kawasan tropika. Ia juga terdapat di kawasan terbiar, terutamanya di tepi jalan

Saturday, 29 October 2011

Bunga Pacar Air (Impatiens balsamina)





Bunga Pacar Air (Impatiens balsamina)
Pacar air berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara, ada juga yang menyebutny dari India. Tanaman ini diperkenalkan di Amerika pada abad ke-19. Tanaman memiliki bunga yg keluar dari ketiak daun warnanya putih, merah, ungu, keorengan, atau merah jambu. Bentuk bunganya menyerupai bunga anggrek @ mawar yang kecil. Tinggi tanaman ini biasany mencapai satu meter dengan batangnya yang tebal.tanaman ini tidak dapat hidup di lingkungan @ semasa iklim yang kering.......

Pokok Jejarum





Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Terdapatnya dua jenis Pokok Pecah Periuk, iaitu:
Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan
Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.

Tingginya Pokok jejarum  ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 - 20 sentimeter panjang, dan 4 - 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccineayang hanya berukuran 7 - 10 sentimeter panjang dan 3 - 5 sentimeter lebar. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.

Walaupun semula jadi kepada kawasan bertropika di Asia, terutamanya India, Pokok jejarum sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti Florida. Pokok Pecah Periuk juga dikenali sebagai West Indian Jasmine.