Saturday 29 October 2011

Pokok Jejarum





Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Terdapatnya dua jenis Pokok Pecah Periuk, iaitu:
Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan
Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.

Tingginya Pokok jejarum  ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 - 20 sentimeter panjang, dan 4 - 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccineayang hanya berukuran 7 - 10 sentimeter panjang dan 3 - 5 sentimeter lebar. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.

Walaupun semula jadi kepada kawasan bertropika di Asia, terutamanya India, Pokok jejarum sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti Florida. Pokok Pecah Periuk juga dikenali sebagai West Indian Jasmine.

No comments:

Post a Comment