Bunga Melur atau (Inggeris):Jasmine, (Indonesia):Melati, merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut.
Bentuk daun pokok ini nampak ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan warna hijau tua. Manakala, warna bunga, pada amnya, ia mudah didapati dengan warna putih, namun spesis yang lain mempunyai bunga warna kuning. Satu bunga melur boleh dijumpai dengan 5 ke 6 kelopak. Bauan bunga ini kuat dan harum. Musim pembungaan bunga melur disekitar musim bunga dan sejuk pada kebanyakkan jenisnya, tetapi, J.nudiflorum dalam musim sejuk boleh dilihat pada dahan-dahannya.
Di Malaysia, jenis bunga melur yang banyak didapati dan ditanam sebagai pokok hiasan laman ialah jenis Jasminum sambac.
Bahasa lain::
Melur dalam bahasa-bahasa lain seperti (Itali:jasminum), (Portugis: jasmim), (Sepanyol:Jasminum), (Perancis: Jasmin), (Hawaii: pikake atau pikaki), (Indonesia:Melati), (Tamil:Mallipu), (Hindi: Mogra), (Tagalog: Sampaguita), (Sanskrit: Mallika).
Kgunaan
Minuman::Disesetengah negara di dunia, esen haruman bunga melur ini dijadikan dan dicampur untuk bahan minuman. Di China, bunga melur disatukan untuk dijadikan teh herba. Melur jenis jasminum sambac, selalunya diguna sebagai bahan bauan bersama dengan teh, dimana ia dijadikan bahan haruman bauan teh hijau dan kekadang untuk teh Oolong.Penggunaan teh Melur sesuai dipasangkan dengan makanan seperti makanan pedas dan sejuk.