Sunday 18 December 2011

Pokok Bunga Tahi Ayam ( Lantana Camara )





Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara . Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbena, Verbenaceae, yang berasal pada Amerika tropik.Ia telah disebarkan kebahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif dikebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.
Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.
Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

Friday 16 December 2011

Pokok Semalu (Mimosa pudica L.)





Pokok Semalu (Mimosa pudica L.)
 adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru....

Pokok Bunga Kapas





Kapas merupakan gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, kebanyakan pokok kapas ditanam di  kawasan tropika dan sub-tropika kedua-dua Dunia Lama dan Dunia Baru. Gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstil yang lembut dan telus angin.Kapas merupakan tanaman bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasar hilang setelah diproses. Apabila kesan lilinprotin, dll. disingkir, bakinya merupakan polimer semulajadi daripada selulus tulin. Selulus ini diatur sebegitu rupa yang memberikan kapas ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik. Setiap gentian terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus terpilin dalam spring semulajadi yang tersusun kemas. Apabila bebola kapas (sarung benih) dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper, tergumpal, berbentuk ribon dan menjadi berkait sesama sendiri dan terikat. Bentuk ikatan ini sesuai bagi dipintal menjadi benang yang bagus.Terdapat bukti arkheologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun lalu.Masa kini kapas dihasilkan dikebanyakan tempat di dunia, termasuk EropahAsiaAfrika, Amerika dan Australia, menggunakan pokok kapas yang telah dipilih khusus agar setiap pokok menghasilkan lebih banyak gentian.
Selain kegunaan dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku. Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden. Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.
Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt.
Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagai minyak sayuran lain. Makanan biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

Tuesday 13 December 2011

Bunga Anggerik (Orkid)








Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) ialah famili terbesar pohon berbunga (Angiosperma).. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000) disebabkan pertikaian taksonomi.
Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.

Sunday 11 December 2011

Bunga Cemapaka Kuning (Michelia Champaca)



Cempaka kuning (Michelia champaca) ataupun cempaka hutan adalah sejenis pokok berdaun hijau dan besar serta tinggi, berasal dari Indomalaya (termasuk Asia Selatan, Asia Tenggara dan beberapa tempat di China). Ia dikenali dengan baunya yang kuat dan harum, serta berbunga kuning. Bagaimanapun ianya ditanam bertujuan untuk pembalakan dan juga pokok lanskap di bandar-bandar. Burung juga menggemari buah dari pokok ini.